Thursday, June 25, 2009

Pilih,Cara & Buat.!!


Realiti alam dunia,pasti berat menguji kita utk menetapkan sebarang keputusan bg menjamin kelangsungan hidup di dunia ini & seterusnya kehidupan di akhirat.Namun,kita kerap tewas menguruskannya..Diburukkan lagi andai ditimpa musibah-musibah,diri lebih dikuasai perasaan putus asa,lemah semangat & tidak bermaya utk mengatasinya.


Ironinya.,kita kurang dibekalkan dgn fikiran yg positif di dlm diri.Apabila diri sering dilingkari pemikiran yg negatif,musibah yg menimpa cukup sukar utk ditandingi..Positifkan pemikiran kita!Maka,kita hanya memerlukan satu letusan lagi bg menghadapi situasi ini!Ayuh,bersama berubah berbekalkan 'amanat' ini!


1.Kehidupan kita dikelilingi banyak perkara yg memerlukan kita utk membuat keputusan.Tanpa sifat berani menerajui diri,kita bakal tumpas dlm membuat sesuatu keputusan hidup kerana setiap keputusan bakal diiringi pula dengan pelbagai risiko.Justeru,kita perlulah belajar utk memilih.Bukan membuat pilihan membabi buta,tetapi buatlah PILIHAN YANG BETUL!Buatlah pemerhatian sedalam-dalamnya di dlm setiap pilihan yg bakal kita lakukan kerna permulaan pilihan kita inilah yg bakal memimpin kita kpd kelangsungan hidup.Sebagai manusia,akal selaku raja utk kita membuat keputusan.Oleh itu,buatlah pilihan yg betul didasari akal fikiran.


2.Setelah pilihan dibuat,ia akan menjadi sia-sia andai kita tidak membekalkannya dgn cara/strategi.Jadi,kepilkankan pilihan tersebut dgn CARA YANG BETUL!Pakar motivasi sering mengajar kita utk sentiasa berstrategi di dlm hidup ini.Jika cara yg dilakukan salah waimma pilihan itu sehebat gunung,pasti ia bakal membuahkan hasil yg mengecewakan & merugikan.Mesti diingat,rajin BUKAN jaminan seseorang itu berjaya dlm apa yg telah dipilihnya andai cara yg disertakan adalah cara yg 'hampeh'.!Kerana itulah seringkali kita berjumpa manusia yg telah membuat pilihan yg betul,sudah rajin tetapi kerajinannya itu tidak didasari dgn cara yg sebenar.Maka,inilah yg bakal membibitkan rasa putus asa apabila penghujung pilihan yg dilakukan menemui kegagalan..

3.Apabila kita sudah memiliki satu pilihan yg betul.,disertakan pula dgn perancangan atau cara yg betul.,maka di sinilah kerajinan itu perlu diletuskan!Buatlah pilihan kita itu dgn BETUL-BETUL!

Buat Pilihan Yang Betul!
Buat Dengan Cara Yang Betul!
Buat Betul-Betul!!!

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template