Wednesday, June 10, 2009

Sisa Hidup..


Bermula awal bulan 6 ini,sy berada di salah sebuah negeri yg merupakan tanah tumpah darah para ulama' tersohor-Terengganu Darul Iman.Menghabiskan saki baki cuti yg ada dgn 'menerokai' kehidupan sebagai manusia biasa.Lantas menyebabkan ruangan ini kosong tanpa sebarang perkembangan terbaru sedangkan beberapa peristiwa penting telah berlaku serata Malaysia & dunia...

Selepas 31 Mei-kenduri kahwin sepupu di Kemaman,sy terus ke Kuantan utk membantu abg kandung mengemas rumah.Baru shj berpindah setelah ditukar utk bertugas di masjid negeri.Kemudian esoknya,pulang ke rumah seorg lg abg di Bukit Payung,K.T'ganu..Sepanjang berada di sini.,macam-macam dah berlaku.Terutama peristiwa stadium 'hebat' kemegahan rakyat Terengganu yg runtuh..Sempat la utk menjenguk.Sehari sebelum runtuhan,itulah pertama kali sy 'mengunjungi' stadium ni.Esoknya,terus roboh..=)

Muktamar Tahunan Pas juga tidak dapat diikuti dgn sepenuhnya.Hanya membelek-belek akhbar harian utk mengetahui sedikit sebanyak perkembangan.Tapi alhamdulillah,dgr kata berjln dgn lancar dan hebat.Tahniah kpd saf pimpinan yg baru naik.Moga dapat memantapkan lagi parti & gerakan Islam ini yg sememangnya penuh dgn cabaran besar.

Bila berjalan merata tempat,pergi ke ceruk-ceruk kampung,bandar,pekan-pekan & lain2 lagi tempat di Terengganu ni & berjumpa dgn pelbagai jenis manusia.,sememangnya menzahirkan betapa besarnya amanah bg sesiapa yg ingin menggelarkan diri mereka sbg pejuang especially pejuang Islam.Sejujurnya sy seakan 'terjumpa' satu platform yg terbaik utk diri ini survive kehidupan yg masih bersisa utk menjadi seorg yg digelar pejuang...

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template