Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah Rayuan Pulak Daahh...

0 comments
Lepas satu,satu...Kita semua dah boleh agak,kerajaan PERAGUT takkan berdiam diri begitu shj apabila brg HARAM mereka dirampas.Kali ini,satu lagi 'proksi' kerajaan PERAGUT telah digunakan.Setelah mahkamah tinggi memutuskan smlm bahawa YB Nizar adalah MB Perak yg sah,hari ini mahkamah rayuan pula memunculkan diri.Kata Pak Jib,mereka akan buat sesuatu utk mengemukakan bantahan terhadap keputusan tersebut.Ya!Mereka sememangnya boleh melakukan sesuatu!!Sehingga sanggup menggadaikan keamanan sebenar negara asalkan kekuasaan dipegang & periuk nasi terjamin..

Pihak mahkamah telah menerima rayuan kerajaan PERAGUT.Sekejap tadi MB Perak yg SAH bersama Exco-exco telah diarahkan keluar semula dr bangunan SUK..

Nampaknya satu lagi tekanan telah diterima oleh pejuang2 keadilan di Perak.But,don't worry!
Selama mana sangatlah PERAGUT itu boleh menggunakan kuasa mereka..Kita punyai KUASA SEGALA KUASA!Kuasa yg kita miliki lebih besar drpd kuasa mereka.Gunakanlah apa shj senjata,'kambing2',alat2 dan apa juga perkara yg anda rasa boleh menjamin kuasa anda wahai PERAGUT!Selagimana anda menolak KUASA sebenar yg kami miliki,anda takkan ke mana2..Tunggu shjlah PENGUASA kami meledakkan kuasaNya yg sebenar..Pasti!Anda TAK Mampu Mengubahnya...!!

Monday, May 11, 2009

Terus Bersemangat..!!

2 comments
Baru-baru ini aku menghadiri satu majlis gilang-gemilang sebuah syarikat korporat negara.Dalam byk-byk acara yg diselitkan,aku sememangnya ternanti-nanti ucapan 'kepala' syarikat ini yg sentiasa penuh dgn pelbagai motivasi di dada..

Alhamdulillah.,malam tersebut,kehadiranku berbaloi..Dan penantianku utk mendengar ucapan si ketua juga berbaloi..
Tertarik hati ini mendengar bait-bait ucapan si ketua mengulang-ulang tema majlis pada mlm tersebut..:

The More You Give,The More You Get!

Si ketua telah mengisi ucapannya dgn 2 cerita menarik..Saya petik salah satu ceritanya..Ceritanya berbunyi begini..:

Satu hari,seorang wanita berhenti di hdpn sebuah kedai kain.Cuaca ketika itu hujan lebat.Salesman di kedai itu terlihat kelibat wanita itu yg sedang meredah hujan utk ke kedainya.Lantas dia menuju ke arah wanita itu utk memayungi beliau sampailah ke kedainya..Setibanya di kedai tersebut,wanita itu berkata,"Sori ye.Sy bkn nk membeli kain kamu.Sy just nk tgk2 shj(window shopping).."Jawab salesman.,"Owh,tak mengapa cik!Cik boleh lihat kain2 yg ada di dlm kedai sy ini.Dan saya tak keberatan utk membawa cik ke kedai2 lain yg ada disekitar sini."Selesai wanita itu melihat kain2 yg ada,dia mahu ke kedai lain."Mari,saya tunjukkan cik kedai2 kain pilihan di sekitar sini."Lalu dipayungnya wanita itu ke kedai2 yg berhampiran...Lepas satu,satu kedai salesman itu perkenalkan..

Saya hentikan cerita setakat itu..Pada kita,tentu kita katakan salesman itu 'gila' sbb dia akan mengalami kerugian seandainya wanita tersebut membeli kain di kedai yg telah diperkenalkannya atau mungkin wanita itu bisa menjadi pelanggan tetap di salah sebuah kedai tersebut..Tetapi beliau telah memberikan lebih drpd yg sepatutnya beliau beri.Hasilnya...

Satu hari,wanita itu kembali semula ke kedainya..Beliau telah membeli hampir kesemua kain yg ada di kedainya utk dibuat langsir..Anda tahu siapa wanita itu??Dialah Queen Elizabeth..Istananya bkn kepalang besarnya.Utk dibuatkan langsir,tidak cukup hanya menggunakan kain yg ada di kedai salesman td..Cukup besar,cukup luas.

Dipendekkan cerita,cerita kedua juga adalah berkisar tentang ibrah yg diterima hasil kita menyumbang lebih daripada apa yg sepatutnya..

Inilah perjuangan!
Jom!Kita aplikasikannya di dlm jamaah..Kita akan lalui saat2 kekeringan wang!Kita pasti akan lalui saat2 kekurangan masa utk menumpukan perhatian kpd pelajaran!Tapi,demi satu perjuangan yg mulia dan suci,kita beri lebih drpd apa yg sepatutnya kita beri sehingga kita terpaksa tidur lewat utk meng'cover' masa2 study yg telah dikorbankan!Kita terpaksa meminimumkan duit makan kita utk disalurkan kpd perjuangan!Kita kadang2 terpaksa meninggalkan family tercinta demi sebuah perjuangan!Kita terpaksa demam!Pengsan!Sakit!Dan sebagainya....Tapi,ingatlah..

The More You Give!The More You Get!

Janji Allah pasti menanti...Terima kasih atas cerita yg bisa membangkitkan motivasi di dlm diri ini..Takbiirr!

Nizar MB Sah!!Takbiirrr!!

3 comments
Alhamdulillah,sebentar td mahkamah tinggi baru shj mengeluarkan kenyataan bahawa YB Ir Nizar merupakan MB Perak yg sah..
Inilah bukti kekuasaan Allah Taala.Sesiapa yg dizalimi,pasti mendapat haknya..Allah akan sentiasa memelihara jiwa2 yg bersungguh2 memelihara agamaNya..

Jadi,keputusan sudah terjawab..Macamna pula dgn si Zambry??Tak cukup malu lagi??
Tak mengapa..Sama-sama kita nantikan apa ulasan paper biru yg sememangnya haru-BIRU(Utusan...).Hehhe

Hidup Nizar!Hidup Islam!Takbirrr!!

Sunday, May 10, 2009

Aku Ahli Yang Tak Boleh Pakai..???

6 comments
Agak terkesan jgk diri ini apabila ada yg melabelkan aku sebagai seorang ahli jamaah yg suka mengkritik..Ada juga yg memperlekehkan diri ini disebabkan tak tahu jawatankuasa jamaah..Boleh terimakah???Bagi aku,aku tak kisah.Mereka tak tahu situasi sebenar aku..Mujur kena selalu beringat,berjuang bkn kerana manusia atau semangat..Tetapi berjuanglah adalah atas dasar utama perjuangan iaitu Islam..

Andai dilayan tanggapan2 manusia..Aku bisa 'mati tak hidup-hidup' dlm jln ini.Kalau aku nak mati,terlalu mudah.Ibarat terhidang di depan mata.Andai dilayan kehendak semangat utk terus berada di jln ini.,selama mana sgtlah semangat itu akan berkobar..Kelak akan padam juga akhirnya...

Aku tak kisah dgn pandangan kalian terhadap diri ini..Diri ini tak ingin lebih.Cuma ingin menumpang sedikit belas ruang di jalan ini.Ingin berada di belakang para ulama' & pejuang2 seperti kalian..Suka utkku berikan apa yg termampu utk memperkemaskan lagi jln ini.Cuma inginku berpesan kpd pejuang-pejuang yg cukup setia dan bersemangat dgn perjuangan ini..Bukan seperti diriku.Aku hanya penumpang..

Janganlah kalian mudah melatah..Janganlah mudah menilai seseorang dgn persepsi yg negatif..Jalan ini jln mulia.Jadi,isikanlah 'hiasan' jalan ini dgn bunga perlakuan yg juga mulia..Jln ini memerlukan qudwah.Jln ini memerlukan tuturan2,nasihat2 & 'sindiran2' yg bisa mencairkan hati yg keras,separa keras dan juga tak terkecuali hati yg lembut..Qudwah beserta tuturan lembut penuh ketegasan amat penting bagi kalian selaku pejuang tulen gerakan Islam..Kita perlu tegas!Tapi tak perlu panas melenting sehingga terlalu bijak melabel2kan orang..Sebab apa??Sebab kita belum pasti lagi di mana pengakhiran kita..Jalan ini adalah wasilah mudah utk kita menggapai pengakhiran yg baik..Ingat!Sekadar wasilah..Bukan jaminan..Andai kita salah pengaplikasian di atas jln ini,kita juga tidak akan terlepas dari pengakhiran yg buruk..

Mungkin insan berhati keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan berhati separa keras tadi adalah penghuni syurga,sedangkan kita bukan..
Mungkin insan yg kita telah melabelkan dgn label negatif tadi adalah ahli syurga,sedangkan kita bukan..

Tidak dapat dinafikan..Kadang2 manusia yg berada di ats jln ini semacam syok sendiri dgn perjuangan mereka..Lantas mengecam atau terus memandang sebelah mata akan org yg tidak berada di jln ini..Ya!Secara kasarnya kita berada di landasan yg benar..Tetapi kita tidak tahu penilaian sebenar Allah akan keterlibatan kita di jln ini..

Teruskanlah berjuang..Hiasilah diri selaku tiang2 seri gerakan ini dgn suri teladan yg dapat menambat hati sesiapa sahaja..Kita bkn perjuangkan parti,tetapi kita perjuangkan agama & nilai2 kesucian di dlmnya..Terus berjuang memburu syahid!Takbir!Ku doakan para pejuang sekalian sentiasa berada dlm lembayung redha Ilahi..Hanya itu bantuan yg selalu ku hulurkan buat kalian...Amiiin

Friday, May 8, 2009

Panas!Panas!Panas!!

4 comments
Bila teringat je,aku tergelak..
Bila teringat je,aku tersengih..
Bila teringat je,aku pun da tak tau nak buat apa..hehhe

Adoilaa Perak..
Sampai bila la nak aman..
Tu laaa....org suruh bubar,xnak bubar..
Kan da panas sidang DUN hari ni..
Hah,tu sampai bila la plak nak jadi mcm tu..
Skarang Perak dah jadi serba DUA
2 MB,2 Speaker,2 Sidang,2 tempat bersidang.....2,2,2,2.....
Macam2 dualah..
Kita tunggu lg selepas ni 2 apa plak yg muncul...

Tentang 3 'katak' tu.,aku risau sungguh..,
Yang Cina tu,xkisahlah..
Tapi yg Melayu/Islam tu..
Nak senang cerita,krisis di Perak ni adalah disebabkan mereka ni la..
Selaku sesama Islam,aku cukup2 risau..
Kalaulah mereka faham bab dosa/pahala...
Wah!Besar woo dosaaa!!
Disebabkan mereka,habis satu dewan punah!
Disebabkan mereka,habis satu Perak gelabah!
Disebabkan mereka,satu Malaysia susah!
Berapa ramai jiwa2 yg mereka berdua ni perlu minta maaf..
Itu belum dikira lagi dgn yg dah meninggal dunia,
Hah!mcmno ei jang???

Yang ni lagi PANASSS!!!!!(neraka)
Na'uzubillah..........................

Wednesday, May 6, 2009

Ke Mana Halatujuku Selepas Ini...

2 comments
Hari ini,bertambah lagi hembusan nafas berada di dalam jalan perjuangan Islam..Alhamdulilah.,ku bersyukur masih ditetapkan hati ini utk menelusuri perjalanan yg dijanjikan dgn onak,duri,cabaran & dugaan ini...
Tapi esok,lusa,tulat,5 hari,10 hari,100 hari atau beberapa hari lagi,adakah aku akan masih berada di atas jalan yg sama???Tak dapat utkku menjawabnya..Mengikut darah muda kini,ya!Aku masih bersemangat!Masih kurasakan faham akan erti memperhambakan diri dgn perjuangan Islam..

Tapi,cabaran & godaan2 di jalan ini tidak dapat utk kita jangkakan yg bisa memerangkap diri ini pada bila2 masa sahaja!Aku masih belum teruji dgn cercaan!Aku masih belum teruji dgn fitnah!Aku masih belum teruji dgn ugutan!Aku masih belum teruji dgn fitnah perempuan!Aku masih belum teruji dgn kesempitan kewangan!Dan banyak lagi ujian-ujian yg bakal menjelang,aku belum pasti dapat atau tidak meneruskan perhambaan diri ini utk Islam...

Aku insan lemah..
Aku perlu sentiasa sematkan di hati bahawa perjalanan hidupku ini bakal menemui kesusahan yg mungkin tidak dapat diterima akal..Aku perlu sentiasa sematkan utkku yakin dgn jalan ini!Aku tetap akan memilih kesusahan ini utkku senang di akhir nanti..Tiada siapa yg boleh menghalang pilihanku ini.!
Aku perlu ingat,Islam wajibku pasakkan di dalam pilihanku ini sama ada i am a leader or i am a follower..Menjadi leader,ikut cara Islam ajrkan.Menjadi follower,juga ikut cara Islam ajrkan!Aku tak akan selalu menjadi pemimpin.Ada masa aku akan dipimpin..Bahkan,dipimpin adalah keutamaanku daripada memimpin!!Bukan mudah utk memimpin sebuah gerakan Islam.Silap langkah,padah!Kemenangan Islam pasti rebah!Aku tak mahu diri ini yg menjadi penyebabnya..

Esok,di mana tempatku??masih di sini.,atau di sana?
Aku tak dapat meyakininya..Doaku agar dithabatkan hati ini olehNya..Jgn dipalingkan hati ini walau sesaat cuma!Ku ingin bersama para syuhada' utk menemuiMu ya Tuhanku..
Peliharalah diriku ini menggapai impianku menatap wajahMu..Amiinn

Monday, May 4, 2009

Buatlah Usrah..Baru Kuat!

4 comments
Melibatkan diri ke dlm sebuah jamaah Islam merupakan satu tuntutan ke atas seorang individu muslim..Jamaah ini akan membimbing kita,membimbing diri,keluarga,masyarakat,negara dan akhirnya akan membimbing dunia agar sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan utama dalam setiap tindak-tanduk seharian.Tapi,ramai yg tersalah anggap setelah menyertai jamaah..Mereka fikir hidup mereka akan menjadi lebih tenang,lebih kuat dan lebih mudah memperoleh kesenangan hidup kerana telah dianggap membantu agama Allah,jadi Allah juga akan mudah membantu mereka..Inilah satu penafsiran yg sering disalah anggap.Apabila kesalah tanggapan ini sering terjadi,maka inilah yg mencetuskan masalah dan akhirnya ramai yg akan lari dari jalan jamaah ini akibat tidak faham dgn apa yg dibawa.

Bagaimana untuk faham?

Di sinilah pentingnya usrah!Once kita telah melibatkan diri dgn jamaah,jgn diletakkan usrah pada posisi yg terkebelakang,tetapi usrahlah yg wajib diletakkan di hadapan.Usrah akan mengajar kita erti sebenar hidup berjamaah.Usrah akan mendidik kita erti sebenar perjuangan Islam.Usrah akan menguji tahap keimanan kita.Usrah akan menambahkan ilmu di dlm diri kita.Usrah akan menjadi panduan utk kita faham jalan perjuangan Islam through jamaah.
Segalanya di dlm jamaah adalah bermula dgn usrah.Utk kita faham ttg perjuangan Islam,kita perlu berusrah.Utk kita kuat jati diri,kuat keimanan,tetap pendirian dgn jamaah adalah melalui usrah..

Jadi,perkukuhlah usrah kerana cara ini adalah cara terbaik untuk kita berikan kefahaman tentang perjuangan Islam.Perhebatkan aktiviti usrah.Barulah kita akan kuat!Barulah jamaah kita akan kuat!Ini sekadar peringatan buat kita semua.Ambillah apa yg baik drpd penulisan ini utk kita sama-sama fikirkannya..Wallahu'alam

p/s: di tempat saya ni macam tak wujud je usrah..bimbang inilah sebabnya tak menang2..harap ada yg merespon akan hal ini.terima kasih

Ingat.,Allah Perhatikan Muktamar...

0 comments
Salam seaqidah perjuangan buat semua..Sudah agak lama blog ini tidak di 'update' kn..Saya perlu menghadiri satu program penting selama beberapa hari yg lepas.Jadi tak dapatlah nak letak entry baru.Alhamdulillah hari ini masih dipanjangkan umur oleh Allah & masih berkesempatan utk menghantar entry baru di laman ilmu ini..

Semakin hangat massa memperkatakan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-55 yg bakal berlangsung di Selangor.Dlm keseronokan menanti berlangsungnya muktamar tersebut,tak dapat dinafikan hati ini juga sedikit sebanyak risau dgn perkembangan Pas..Doa dan harapan yg tinggi dipanjatkan kepada Allah agar apa yg terlintas di hati & fikiran ini hanyalah mainan syaitan shj..

Terbukanya hati ini menerima perjuangan Pas adalah kerana dasarnya..Diperkuatkan lagi Pas ini dgn mengutamakan kepimpinan ulama yg menjadi panduan utama dlm menetapkan sebarang keputusan parti.Ini kerana ulama' adalah pewaris nabi-nabi..Zaman kini sudah tiada nabi.Dan ulama'lah yg menggantikan mereka semua.Tidak dapat tidak merekalah wakil utama dari Allah utk rakyat semua yg akan memandu diri ini menuju syurga dgn berbekalkan redha drpdNya..Jadi,layakkah diri ini utk membelakangkan golongan ulama'??Tidak takutkah aku dgn azab Allah yg pedih kelak??Jadi ulama'lah yg akan membimbing kita semua.Mereka ini arif di dlm hal urusan agama..Termasuklah urusan politik yg tidak dapat dipisahkan dari Islam..So,if we want to involve in politics,lets join politics with guidance from ulama' supaya setiap perjalanan urusan kepimpinan diri,keluarga,masyarakat dan negara tidak lari dari suluhan jalan Islam..

Tapi akhir-akhir ini muncul golongan2 yg ingin melaga-lagakan ulama'..Sedih dan bimbang saya memikirkan perihal ini.Anda sudahlah bukan ulama'..Nak pula melaga-lagakan ulama'..Tidak takutkah anda akan kesan yg bakal dihadapi seandainya ulama' dilagakan.??Perpecahan akan berlaku khususnya dlm kalangan umat Islam.Gerakan memperjuangkan Islam juga akan sedikit sebanyak mengalami kerencatan..Saya tidak bimbangkan sangat keadaan ulama' itu.Mereka bisa mengatasi perkara ini dgn ilmu agama yg terpasak kukuh di dlm diri mereka.Tetapi sebagai seorang saudara seIslam,yg saya bimbangkan adalah puak yg melaga-lagakan ulama' itu.Allah...Bimbang sekiranya dosa yg kalian debitkan di dlm akaun dosa pahala tidak dapat dibersihkan..Amat besar kemurkaan Allah terhadap golongan ini walaupun anda sudah menjadi 'veteran' di dlm barisan perjuangan Islam..Hanya dgn perlakuan ini,luput habis pahala2 anda sepanjang bersusah payah anda memperjuangkan gerakan Islam.

Impak ini akan menular kepada proses kebangkitan Islam.Kini,kita dapat lihat sahabat2 bukan Islam sudah boleh menerima Pas/Islam..Ini satu petanda keajaiban.Jangan kita menjadi golongan yg melambatkan kemenangan Islam dgn melakukan perkara2 bodoh yg boleh menggagalkan proses awal kemenangan Islam di Malaysia..Saya mohon kepada semua golongan manusia di dlm Pas sama ada anda pimpinan tertinggi,pimpinan negeri,cawangan,kawasan,ahli atau 'pencacai' dlm gerakan Islam ini supaya sentiasa ingat bahawa naik tingginya status Pas ini bukanlah disebabkan usaha anda sangat pun..Setakat mana sangatlah usaha anda di dlm Pas utk dibanggakan..Tetapi yg menjadi penyebab utama berjayanya gerakan ini adalah disebabkan rahmat kasih sayang Allah.Kita perlu sentiasa ingat,jatuh bangunnya Pas ada di 'tangan' Allah.Justeru,jgn dibuat kerja2 yg boleh memburukkan proses agamaNya disanjung lantas menimbulkan kebencian & kemurkaanNya..

Untuk muktamar yg bakal berlangsung,mohon dihindari insiden2 yg boleh mencacatkan Pas.Selaku gerakan yg memperjuangkan Islam,jawatan bukanlah pakaian kita.Janganlah direbut-rebutkan seperti sebuah parti itu.Andai kita pun berebut jawatan.,tunggulah sejuta tahun lagi,barulah Pas akan kembali dipandang tinggi.Jawatan ini amanah.Siapa yg sanggup memikul amanah,Allah sudah jelaskan bahawa dialah yg zalim lagi jahil!Semoga proses muktamar berjalan lancar dan Pas terus menjadi pemacu perpaduan rakyat negara ini!Takbir!

Tuesday, April 28, 2009

Aku Siapa...Siapa Aku...

2 comments
Sayangnya aku pada jamaah..!!Kasihnya aku pada keluarga..!!!Keluarga????Jamaah???Mana satu yg harus diutamakan???Hati keluarga??Hati jamaah??Hati sahabat-sahabat...??Hati sendiri pulak,macamna????

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh berbuat yg ma'ruf dan mencegah dari yg mungkar..Dan mereka itulah org-org yg beruntung.."

"..jgn takut dan jgnlah bersedih..,sesungguhnya Allah bersama kita.."

"..dan berbelanjalah kamu di jalan Allah dan jgnlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.."

"Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah Allah apabila kamu berjanji,dan jgnlah kamu merombak(mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu.,sesungguhnya Allah sedia mengetahui apa yg kamu lakukan..."

"Wahai org-org yg beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?Yaitu kamu beriman kpd Allah dan RasulNya dan berjihad di jln Allah dgn harta & jiwamu.Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."

"Sesungguhnya Allah membeli dari org-org mu'min baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.Mereka berperang di jln Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh,sebagai janji yg banar dr Allah di dlm Taurat,Injil dan AlQuran.."

Allahuakbar.............

Sunday, April 26, 2009

'Jejak Kasih' Dlm Perjuangan...

5 comments
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku,aku dan org-org yg mengikutiku mengajak kamu kpd kpd Allah dgn yakin,maha suci Allah dan aku tidak termasuk org-org yg musyrik.." Yusuf:108

Inilah antara alunan merdu firman Allah Taala yg membangkitkan ruh perjuangan di dlm diri setiap pejuang Islam,tidak terkecuali diri ini.Nabi S.A.W dah katakan bahawa ini shjlah jln baginda,jln memperjuangkan agama Allah bg memastikan segala hukum-hakam & syariat Allah tertegak di muka bumi ini.Dek kerana itulah saya merasakan,patut ke saya tidak mengikut jejak langkah nabi sedangkan mulut ini berbuih-buih menghafal rukun-rukun Iman yg bisa mengukuhkan ikatan aqidah,ikatan terpenting bg diri yg mengaku menjadi seorang Islam..So,bg anda yg lain,bagaimana??Ayat ini juga memberitahu kita bahawa dlm apa keadaan sekalipun tak kiralah kita ni seorang pelajar ke,seorang pekerja ke,seorang penganggur ke..kita perlu berada di atas jln ini.Tidak boleh menjadi pihak berkecuali...

Itu sekadar nak memperingatkan semua why we are here,on this way supaya kita duduk atas jln yg susah ni tidak membuta tuli..Oklah,beberapa hari lepas,saya seolah-olah menghadiri satu rancangan 'jejak kasih' yg dipopularkan oleh TV3..Rancangan ini betul-betul berjaya mengumpulkan 'keluarga-keluarga' yg telah terpisah sekian lamanya..Dlm rancangan tu,keluarga kami yg terpisah menjadi 3 bakal disatukan kembali tidak lama lagi..Tiada apa yg sy inginkan selain ingin melihat kami dpt meneruskan hidup di 'rumah' yg baru dgn lebih bahagia.Kami tak sanggup melihat ada adik-beradik yg 'meninggal' dlm masa yg sesingkat cuma kerana perkumpulan semula kita ini baru shj bermula..

Inilah jalanku..,inilah keluargaku...
Bertuah diri ini mempunyai 'ibubapa' yg hebat dan dibantu oleh adik-beradik yg mantap..Abang-abang & kakak-kakak yg saya miliki kini bukanlah calang-calang manusia rupanya..Alangkah indahnya sekiranya kami dpt merasai segala perjalanan hidup ini sehingga ke akhirnya..Kesusahan jgn diminta.Tidak diminta pun,pasti kan ketemu jua...Inilah gunanya ikatan keluarga..Kita ikat tali keluarga ini dgn tali pengharapan padaNya.Susah senang kita janji akan hadapi bersama..Janji juga bahawa kita akan hidup di 'rumah' yg baru dgn penuh bahagia tanpa ada sebarang prasangka,bermasam muka..Taraf kita sama.Andai terbit perasaan tersebut,kita punyai 'ibubapa'..Luahkan kpd mereka.Mereka punyai formula ramuan yg diadun hebat tersedia..Semata-mata utk dieratkan pertalian keluarga ini menggapai cebisan redhaNya..

3 keluarga menjadi satu!!Jom kita gegarkan 'rumah' baru kita!!Allahuakbar!!!

Thursday, April 16, 2009

Siap Sedia Semua!!

0 comments
Sila bersiap sedia!!
PRK Dun Penanti pula bakal mengambil tempat...
Dun Penanti merupakan senarai terbaru utk mengisi koleksi pilihanraya kecil pasca PRU 12..
Sama-sama kita gegarkan Malaysia!!
Takbiiirrr!!

Hebatnya Subky Latif

0 comments
Hari ni hari Khamis..Kebiasaannya kat tempat aku ni jual Harakah awal sehari dari edisi sebenar..
Aku akan pastikan aku tidak terlepas membelinya.Jadi seperti sediakala,aku perlu menyusun 'strategi' utk membeli Harakah..(nak beli Harakah pun kena ada strategi..darurat,darurat.hehe)

Seawal jam 7 pagi,aku ke kedai makan membeli sedikit juadah utk sarapan,berhampiran dgn kedai yg menjual Harakah..Tapi kedai tu stil tutup."Aduss..,problem nih."Takpe2...,pasang plan kedua."Setelah pulang ke rumah & mengemas apa yg patut,aku kembali semula ke kedai tadi..Tengok dari jauh,mcm xde paper Harakah..Yang ada hanya Wasilah & Suara Keadilan..Cadangnya,nak beli dah Wasilah,rupa2nya Harakah ada jauh sikit..Dah tinggal satu je dah pun.."Fuh,nasib baik ada lagi.."legaaa..."Pelik2..ramai jugak rupanya peminat Harakah kat Jengka aku ni.Tapi,knape la x menang2 lagi..??hmmm.."

*serba sedikit kronologi utk penulis mendapatkan Harakah dlm hidup..=)

Berbalik kpd tajuk,saya tertarik dgn penulisan penulis hebat-Sdr Subky Abdul Latif di bwh tajuk "Sekadar Hendak Memalukan Pas".Cerita berkisar tentang shbt sePakatan-Nga Kor Ming membaca ayat suci AlQuran semasa kempen di Perak...Saya terfikir2 juga bagaimana cara penerangan terbaik utk memahamkan manusia yg tak faham lebih2 lagi kpd manusia berdarah biru bersenjatakan keris..Setelah membaca penulisan ini,inilah antara penerangan yg boleh kita guna pakai utk menjawab perihal isu ini..

Pihak 'seberang' takkan berhenti utk terus memburukkan imej Pas selaku pihak yg sentiasa taat memperjuangkan Islam..Pertalian 'ukhuwah' bersama DAP amat membimbangkan mereka dari dulu lagi dan hasilnya kita boleh lihat kejayaan PR pada hari ini.Dulu Pas sudah pernah bergabung dgn DAP di dlm BA.Setelah diapi-apikan oleh pihak seberang,maka berpecahlah Pas-DAP..Kali ini,bergabung kembali disertai juga oleh KeADILan..

Hasil penggabungan ini,maka tertimbullah isu ini..Buat anda semua,fikirlah dari kaca mata Islam.Ini merupakan dakwah yg berjaya kita ke atas shbt yg bkn Islam..Islam tidak pernah sekali-kali menghalang sesiapa drpd membaca ayat suci alQuran.Kecuali bagi sesiapa yg membaca utk mempermainkannya atau membaca dan kemudian mentafsirkan ayat tersebut berlawanan dgn maksud yg sebenar.Tetapi,sdr Kor Ming mentafsirkan ayat yg dibacanya dgn jelas,'sebijik' dgn apa yg ada di dlm tafsir.Jika hendak menghukum dia atas 'kepelatan' pembacaannya,itu tidak adil.Berapa ramai manusia Islam di Malaysia ni yg membaca Quran dgn bunyi yg sungguh 'syahdu'..(hasil keberjayaan Islam Had Hari).Itu org Islam,org yg bukan Islam bagaimana??Sudah tentu bunyinya lagi 'syahdu'..

Org yg bukan Islam sudah mahu berjinak2 dgn sumber utama kita.Seandainya betul kita mahu menarik mereka mengenali Islam,cara membuat laporan polis bukanlah uslub(method) dakwah yg terbaik.Pergi ke balai polis siap dgn berserban lagi!Apa maksudnya serban putih anda tu??!!Itu bukan nak mendaulatkan Islam,itu nak mengotorkan Islam!Fikirlah wahai shbt seummatku!(bukan seBANGSAku.klu bangsa,belum tentu lagi dia Islam)
Memetik sedikit penulisan Sdr Subky,
'Bagi puak yg mencerca Kor Ming,tiada apa yg dapat kita buat.Pada mereka,Tok Guru(Nik Aziz) yg membaca & gunakan AlQuran dgn betul & berusaha mendaulatkannya,juga mereka kata tidak betul..Mereka cerca & kutuk perjuangan Tok Guru,sudah tentu(comfirm) mereka menolak Nga Kor Ming..'

Org yg baca betul pun mereka hentam,inikan pula org yg pelat bacaannya..Jelas,semua itu utk kepentingan politik!Bkn semata-mata utk menjaga kesucian AlQuran..!
Wallahu'alam.Tahniah Sdr Subky atas artikel yg hebat!

Segalanya Ada Hikmah..Berserah

0 comments
Sebagai insan biasa,
Diri ini tak dpt lari dari menerima pelbagai ujian..
Yang bisa meruntun hati...
Seakan banyak perkara yg perlu diberikan perhatian & perlu diselesaikan segera
Agar diri ini dapat hidup seperti sediakala...

Namun insan ini kerdil..
Makin difikirkan,makin kusut pula jadinya..
Hati seakan semakin tertekan..
Tak selesa..

Tak mengapalah...
Aku sudah diasuh utk menghadapi semua ini...
Cuma tinggal diri ini shj yg perlu mengaplikasikannya..
Dia takkan membiarkan hambaNya sekadar mengaku sudah beriman..
Sedangkan mereka tidak diuji apapun..
Jadi ujian2 itulah yg menjadi jambatan keimanan..

Segalanya tentu ada hikmah..
Takkan dibiarkan hambanya terseksa tanpa diselitkan hikmah..
Diri ini penuh dosa..
Dosa padaNya & dosa sesama manusia..
Justeru amat berpatutan la diturunkan pelbagai masalah..
Supaya diri ini sedar akan kekuasaan Allah..
Kembali semula kenali tujuan menyembah..
Bukan sekadar mencari penat & lelah..

Mungkin ikhlas bkn pakaian diri ini selama ini..
Perlu berusaha memperteguhkan amalan..
Terus meniti mengemis redhaNya..
Yang amat tinggi pulangannya di akhirat kelak..
Jadi....
Hanya padaNyalah aku berserah...............

"Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH!!"

Wednesday, April 15, 2009

Kibaran Bendera Pas Hilang??

0 comments
Sejak bendera besar Pas dipasang di Jengka 15,terasa bangga diri ni setiap kali melihatnya berkibar megah.Malah mulut ini kadang-kadang dgn sendirinya terpacul laungan takbir memuji kebesaran Allah seperti yg sering diterapkan oleh Pas.,bukannya 'Hidup Melayu'..
Dengan saiznya yg besar,terasa seakan-akan Pas pula yg memerintah kawasan-negeri-negara ini....

Tapi...,
Bagi sesiapa yg masih tak tau,kelmarin bendera gergasi tersebut telah diturunkan oleh Majlis Daerah Maran (MDM).Pelik juga..Apakah sebenarnya motif penurunan bendera tersebut.??Takut??Gentar??Bacul??Takkan hanya dgn 'sebidang' kain beserta dua jenis warna & bulat di tengah pun takut..????Kain tu boleh makan org ke??Atau terlalu byk kemalangan yg terjadi selepas pengguna jlnraya melihat kain tersebut berkibar megah??Ataupun MDM ambil utk dipasang di pejabat mereka dek kerana teruja dgn kehebatan auranya??

Laporan polis telah dibuat oleh Pj Pas Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau memberi masa selama 48 jam utk MDM memasang kembali bendera tersebut...

Adakah ini simbolik kepada kebangkitan Pas Pahang??
We Wait & See...!!

Ayuh!Kita melangkah!!Musuh sudah gentar dgn bendera kita!!!
Takbiiirrr!!!

Monday, April 13, 2009

Macam-macam Kalau Nak Hidup...

0 comments
" A go0d pLan 4 tOday is bEttEr than a gReat plan 4 tOmOrroW...,
sO loOk bAckward wIth satIsfaCtion & lOok fOrwaRd with cOnfidEnce..."

inilah hidup......
kadang-kadang ada benda yg boleh menggembirakan..
kadang-kadang amat menyakitkan..
dan kadang-kadang jugak xde bg apa-apa rasa langsung...
hadapi perkara yg gembira..,alhamdulillaaah
tapi,nak hadapi perkara yg menyakitkan..,na'uzubillaah

walauapapun...
kena tahu laa kita ni ad Allah....
sume yg terjadi pasti terselit hikmah..
so,kena terima setiap yg dtg dgn tabah...
baru la boleh jd org yg punyai iman yg gagah..

"....sesungguhnya Allah x akn mengubah nasib sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka x ada siapa yg dapat menolaknya dan x ada pelindung bg mereka selain Dia..."
- Ar-Ra'd:11

so,
kembalilah kepada Allah...
percaya & yakinlah dgn kuasa dan janjiNya..
pandanglah ke hadapan dgn penuh KEYAKINAN!!
TAKBIR!

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template