Sunday, June 28, 2009

Apabila Talian Hayat Terputus...


Gegak gempita negara 'dimomokkan' dgn pergolakan pengasasan Kerajaan Perpaduan/Unity Government yg digagaskan oleh Pas-Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang.Tambah menghangatkan,berlaku sedikit perbalahan di antara 2 Tok Guru yg terkenal dgn istiqamahnya bersama perjuangan Islam.Menjelang klimaksnya.,TGNA mengeluarkan kenyataan supaya Timb.Presiden Pas,Ust Nasharuddin Md Isa meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen & jawatan di dlm Pas.Panas menusuk ke dlm diri setiap ahli Pas tidak kira sama ada ahli biasa mahupun barisan pimpinan.Masing-masing seolah celaru dgn keadaan ini.Masalah ini tidak hanya berlegar di kalangan Pas,tetapi memberi kesan yg hebat kpd 'ahli' Pakatan Rakyat yg lain.PKR & DAP masing-masing memandang serong terhadap rakan kongsi mereka.Adakah mereka menjadi mangsa boneka oleh Pas di dlm pembentukan pakatan ini..

Hari-hari dilalui dgn situasi yg bercelaru..Tetapi situasi ini ibarat emas yg jatuh di depan mata bg pihak lain-Umno/Bn.Kuasa media menambahkan sendi kekuatan bg mereka.Digunakan mereka sebaik mungkin.Keadaan yg panas semakin bertambah terik.Kadang-kala ribut petir.Kilat sabung-menyabung dek kuasa sang media.Televisyen,akhbar,majalah,radio & bermacam lagi sumber media 'dikerahkan' utk mengulas isu ini tetapi dgn ulasan yg berlainan warna.Ya!Ini adalah emas!Berturut-turut tumpas di dlm pilihanraya yg ditandingi sehingga seakan koma & kini ada pihak yg sanggup menghulurkan bantuan,semestinya tidak bisa dilepaskan..Muka perlu dimaniskan.Hati perlu dizahirkan suci walaupun hitam metallic keadaannya.Keikhlasan berbunga di mulut demi sebuah perpaduan yg diomongkan.Diri sentiasa dlm keadaan siap siaga utk berunding demi sebuah 'perpaduan'.Namun,adakah ia benar satu keikhlasan utk membina perpaduan??

Gagasan ini telah difikirkan,dikerahkan kudrat & idea drpd insan di dlm sebuah parti kecil yg tidak memiliki kuasa besar di dlm tampuk pemerintahan.Namun hati insan ini cukup besar.Mungkin keikhlasannya lebih besar!Insan inilah sebenarnya yg ingin melihat perpaduan terbina di negara ini setelah melihat kucar-kacirnya massa kini..Andai pihak sana lebih ikhlas hatinya,mengapa kuasa yg ada di tangan tidak digunakan utk mencetus idea seperti ini?Adakah perpaduan hanya terbentuk apabila masjid-masjid besar dibina?Bukan shj besar,malah berkilau-kilau sinarannya nun jauh di Terengganu..

Akhirnya.,emas ini rupanya seketul batu shj.Gagasan ini berakhir episodnya setelah insan tadi bersama para pejuangnya sebulat suara menarik balik keputusan pembentukan kerajaan perpaduan ini kerana melihat mudharatnya lebih besar dari manfaat.Setelah mengetahui ia hanyalah seketul batu jalanan,disepaknya & diambil lantas dibaling ia oleh pihak yg 'ikhlas' tadi ke lautan.Di caci akan batu itu seburuk-buruknya seolah-olah batu itu langsung tiada gunanya..Namun,itulah realitinya.Hati yg 'suci' & mulut yg berbunga tadi kembali kepada keadaan asal mereka..Hati terus hitam metallic & mulut tetap busuk berbuih-buih.Hayat semakin nampak ke penghujungnya..Mungkin akan terus koma.Talian hayat yg ingin dihulurkan terpaksa ditarik semula dek kerana bimbang bisa menghidupkan gergasi yg tidak kenal akn persahabatan,persaudaraan serta perpaduan yg sebenar..

0 comments:

 

Coretan Kalam Pemuda Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template